Satu sikap yang merosakkan sesuatu kebahagiaan ialah
'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah
melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.
Ia juga disebut menabur fitnah iaitu menceritakan
keburukan orang kepada individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian
dan permusuhan terhadapnya.
Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan sebelah pihak sahaja, tetapi turut menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan, sehingga runtuh segala kebahagiaan. Sikap seperti ini sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Janganlah mengadu masalah pada Makhluk
kerana hati mereka tidak dapat diramalkan.
Mengadulah pada Allah kerana Allah lebih tahu isi hati hamba ciptaan Nya..
Fitnah adalah Pemusnah manusia akhir zaman...