pic header

pic header

Tuesday, July 26, 2016

Kalau Bercerai Macam Mana?


Sering kali kita mendengar segelintir pasangan menggunakan ayat atau berkata “Kalau bercerai nanti macam mana?”

Pernah tak kita terfikir kena perlu ada ayat itu? Kenapa mesti fikiran tentang penceraian sedang kita masih mendirikan rumahtangga. Apakah kita terlalu takut atau fikiran terlalu negative dengan semua hal yang berkaitan dengan perkahwinan dan rumahtangga? Hendak melakukan apa-apa mesti akan ada ayat "kalau bercerai macam mana?".

Contoh : Nak beli TV pun "kalau bercerai".  Nak beli perabot pun "kalau bercerai".  Nak beli rumah pun "kalau bercerai macam mana".

Kenapa perlukan pernikahan sekiranya terlalu banyak alasan “Kalau Bercerai”. Setiap percakapan itu ibarat mendoakan agar penceraiaan itu terjadi. Adakah sepanjang kita mendirikan rumahtangga, penceraian yang kita inginkan sebenarnya. Dimana letaknya nilai kebahagiaan, kasih sayang dan cinta terhadap keluarga sekiranya isu penceraian yang menjadi mindset pertama dalam diri dan fikiran kita.

Perkahwinan itu perkongsian hidup. Baik dan buruk. Susah dan senang bersama. Bukan perasingan. Renungkan semula kenapa kita bernikah? Apa tujuan kita bernikah dengan pasangan kita. Adakah hanya sekadar mengejar title Husband and Wife. Married not Single (I’m not single).

Seandaian penceraian itu terjadi ianya takdir Allah.

Kenapa Tak Boleh Sebut Perkataan KALAU?
Penggunaan perkataan KALAU ada yang dibolehkan dan ada yang dilarang. KALAU yang dilarang ialah apabila berlaku sesuatu yang buruk atau seseorang itu ditimpa nasib malang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat perkara tu tadi, mesti takkan jadi macam ni..” atau kata-kata yang seumpamanya.

Penggunaan KALAU seperti itu adalah amalan syaitan sebagaimana dalam hadis sahih muslim yang menyebut, Nabi bersabda:

Jangan kamu berkata:
“Kalau aku buat begini, akan jadi begini“. Tetapi katakanlah: “Ini takdir Allah, apa yang Dia kehendaki akan berlaku“. Sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.

Dengan menyebut KALAU, JIKA, SEKIRANYA, SEANDAINYA atau perkataan yang seumpama dengannya dikatakan akan membuka pintu amalan syaitan. Ini kerana:

  1. Ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yang payah untuk dihilangkan.
  2. Ia memberi gambaran yang kita mempertikaikan takdir dan tidak redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
  3. Ia merupakan satu adab yang buruk terhadap Allah SWT yang mentakdirkan setiap sesuatu yang berlaku.

Monday, May 2, 2016

Kenapa Nikah Muda?

Ramai tanya, kenapa nak kahwin sedangkan umur muda lagi? Enjoy dulu puas-puas. Kenal ramai orang.


Sebab ramai yang menyinggah sekadar untuk suka-suka macam shopping mall. Mencari kepuasan yang tak diketahui di mana penghujungnya dan Sedangkan aku hanya mahukan sebuah keluarga.


Tuesday, February 9, 2016

Bila BFF menjadi Kekasih


Hari ni dengar radio tentang Bolehkah BFF menjadi kekasih? Isu ini memang sangat menarik apabila menyentuh soalan hati dan perasaan antara BFF kita.

Pada pandapat Tyra, sebenarnya memang boleh, sebab perkara ini memang terjadi pada diri Tyra sendiri. Mula-mula niat untuk bekerja kawan biasa di tempat kerja je. Lepas tu jadi BFF. Kemudian bercinta. Sekarang ni bakal menjadi suami isteri tak lama lagi. Bila kita ada BFF, semua masalah kita, kita akan luahkan pada BFF kita kemudia kita akan cuba sedaya upaya untuk bantu BFF kita. Dari masalah kat tempat kerja, masalah peribadi sampai la ke masalah cinta dengan EX dia pun kita tahu dan cuba bantu BFF.

Tapi lama-kelamaan perasaan sayang tu mucul tanpa kita sedari. Walaupun mulut kita cakap kita dan dia sebenarnya kawan baik saja tapi dalam hati tak siapa mengerti. Bila lihat dia bersembang , bergurau senda dengan kawan perempuan, secara automatik hati rasa cemburu. Dan masa tu baru kita terfikir sayang yang kita rasa itu sebenarnya sayang melebihi seorang kawan.

Bila kita nak ada BFF lelaki, fikirkanlah dengan baik, takut nanti kita yang rasa kecewa bila cinta tak berbalas.

Peringatan :
Bila BFF lelaki kita keluarkan kenyataan seperti gambar dibawah ni. Berhentilah berharap pada lelaki macam ni. Kita ni hanya kawan je pada dia walaupun dia selalu keluar berduaan dengan kita. Berkepit macam kekasih tetapi pengakhirannya dalam hati dia, kita cuma seorang kawan sahaja. Teman dikala dia kesunyian sahaja.



Sunday, October 25, 2015

Cara membuat Beef Lasagna


Bahan-Bahan Utama :
- 10 Keping Lasagna
- 1 Pack Mozarella Cheese (150g)

Bahan-Bahan Beef Bolognese :
- 1 Botol Kecil Spaghetti Sos
- 1/2 Biji Bawang Holand (cincang)
- 1 pack Daging (cincang)
- 1 Tin Cendawan Butang (hiris)
- 2 Sudu Minyak masak

Bahan-Bahan Sos Putih :
- 1 Kotak Susu Dutch Lady
- 3 Sudu Mozarella Cheese
- 3 Sudu Butter
- 2 Sudu Tepung Gandum

Cara-Cara (Beef Bolognese) :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang.
2. Masukkan daging kisar dan goreng garing.
3. Masukkan cendawan yang telah dihiris.
4. Masukkan Sos Spaghetti.
5. Gaul dan masak seketika.

Cara-Cara (Sos Putih) :
1. Cairkan butter, kemudian masuk susu untuk dipanaskan.
2. Masukkan Mozarella Cheese dan kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Kacau hingga pekat.

Cara-Cara (Membuat layer) :
1. Ambil 5 kepingan lasagna yang sudah direndam, susun di bahagian bawah loyang.
2. Masukkan separuh dari beef bolognese ke atas susunan tu dan ratakan.
3. Tuang separuh dari sos putih di atas beef bolognese tadi.
4. Tabur rata 1/3 pack mozarella cheese.
5. Ulang langkah 1 hingga 3. Kemudian tabur baki 2/3 mozarella cheese tadi.
6. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 45 minit.

Tips Tambahan :
1. Rendamkan kepingan lasagna dalam air suam terlebih dahulu, dalam 5 min macam tu, untuk elakkannya jadi keras apabila siap dibakar.

2. Jangan masuk terlampau banyak bahan seperti bunga cengkih ke, tomato cincang ke atau pun carrot cincang ke, ini bagi mengekalkan keaslian rasa sos spaghetti.

Cara membuat Kimbap Rice Roll Korea.


Bahan-Bahan :

1- Nori (Rumpai Laut / Dried Seaweed).
2 - Sedikit wasabi ( kalau tak suka tak perlu letak).
3 - Timun - dipotong panjang, dibuang biji.
4 - Lobak merah - dipotong panjang. (Rebus)
5 - Crabstik - dipotong dua memanjang. (Rebus / Goreng sederhana)
6 - Sosej - dipotong dua memanjang.(Rebus / Goreng sederhana)
7 - 2 biji Telur - goreng dadar, di potong memanjang.
8 - Tikar bamboo (Jika tak ada, boleh gulung dengan cara sendiri)

Cara-cara membuatnya :

1 - Mula-mula letakkan Nori (Rumpai Laut / Dried Seaweed) di atas bamboo mat.
2 - Kemudian letakkan nasi. Tinggalkan sedikit ruang diatas lebih kurang 1 - 2 inci. untuk mengemaskan gulungan nanti
3 - Sapukan sedikit wasabi. Nipis sahaja. Tapi kalau gemar makan wasabi ni boleh letak lebih
4 - Susun bahan bahan isi dalamnya
5 - Gulung Kimbap / Rice Roll dalam bamboo mat dengan kemaskan. Padatkan.
6 - Potong kimbap ke dalam keping saiz gigitan atau kira-kira setengah inci setiap satu. Jangan memotong mereka terlalu tebal lagi yang anda tidak akan dapat menikmati kimbap dalam satu gigitan.


Cara membuat Fettuccine Carbonara (Macaroni / Spaghetti)



Bahan-bahan:

1)    1 biji bawang besar.
2)    2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
3)    Macaroni / Spaghetti ( direbus bersama 1 sudu minyak)
4)    1 tin prego carbonara @ prego sos spageti 'keju & Herba' (ikut suka yang mana satu ingin anda gunakan)
5)    1/2 tin cendawan butang (tak letak pun tak apa)
6)    5 batang crab stick /  sosej / udang / ayam potong kecil (option)
7)    3 keping slice cheese
                                                  

Cara Menyediakannya:

1)    Tumiskan bawang besar  dan bawang putih sehingga sedikit layu & naik bau.
2)    Kemudian masukkan crab stick + sosej + prego sos + cendawan.
3)    Kacau mesra dan masukkan macaroni/ spaghetti yang telah siap rebus tadi. [Kalau lambat lg nak makan..boleh letakkan macaroni / spaghetti dalam pinggan dan curahkan kuah ke atasnya masa nak makan] 
4)    Akhir skali masukkan slice cheese, tutup api dan siap untuk dihidangkan.
5)    Sesuai dimakan masa masih panas.

Nota: Menu ni tak perlukan perasa tambahan seperti garam sebab sos prego ni dah lengkap rasanya. Tetapi  kalau nak tambah tak ada masalah, ikut selera anda.

Tuesday, August 4, 2015

Mengejar Impian Jangan Mengalah


Allah tahu kamu penat.
Allah tahu kamu letih.
Dia bagi ujian bukan untuk kita makin jauh dari-Nya.
Tapi untuk makin kita dekat dengan-Nya.
Dia bagi ujian bukan untuk buat kita lemah.
Tapi untuk kita makin kuat dan tabah.

Untuk mencapai sesuatu impian dalam hidup ini tak ada jalan mudah. Kita memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang teliti. Terkadang ujian yang datang tidak kita sangka. Ada masa kita berada dibawah. Ada masa kita berada diatas. Sesungguhnya setiap jatuh dan bangun yang kita lalui bukan untuk melemahkan tapi untuk menjadikan kita lebih kuat, sabar dan berusaha demi impian dan matlamat yang kita inginkan.

Kenapa Allah tak beri apa yang kita mahu?
Kerana Allah beri apa yang kita perlu sahaja.
Kerana Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk kita.

Tetapkan impian kamu. Penentu masa depan berada ditangan kita. Apa yang kita lakukan pada hari ini adalah untuk masa depan. Jangan berlengah lagi. Peluang hanya datang sekali. Sekali kita lepaskan , sukar untuk kita capai sekali lagi.



Keep Going.
Keep Dreaming.
Keep Believing.

Don't ever give up on your dreams...

Monday, July 27, 2015

Senyumlah Selalu


Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyuman
Senyum, 
Tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu

Hidup ini tak selalunya indah.

Ada masa kita bergembira,
Ada masa kita berduka,
Tapi,
Hadapilah hidup ini
Dengan ketabahan dan senyum.



Smile to the world,
And
The world will smile to you back.





Monday, February 2, 2015

Hasad Dengki dan Iri Hati



Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki :

1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor  yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.

Antara lain :
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
2) Merasa Diri Mulia
3) Takabbur (sombong)
4) Ujub (bangga diri)
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
7) Busuk Hati.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 
"Orang yang terkuat di kalangan kamu semua 
ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya 
di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah 
orang yang suka memberikan pengampunan 
di saat dia berkuasa memberikan balasan 
(kejahatan orang yang menyakitinya)”
(Hadis Riwayat Baihaqi)




Sunday, October 5, 2014

Masalah Percintaan Dan Rumahtangga



Orang yang bila bergaduh dengan GF/BF/Tunang , yang suka mengadu pada ibu bapa sendiri atau ibu GF/BF adalah orang yang tidak matang dan belum bersedia untuk bernikah. Kerana orang sebegitu akan menceritakan semua masalah rumahtangga dan keburukkan pasangan masing-masing.

Bagaimana ingin mengharungi onak duri, dugaan dan cabar kehidupan rumahtangga sedangkan masalah percintaan tak mampu diselasaikan dengan sendiri?

Apabila ibu bapa seringkali mendengar masalah percintaan anak mereka, Adakah mereka akan merestui perhubungan itu? Setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka bahagia.

Jangan berikan tekanan dan masalah pada ibu bapa kerana meraka akan fikir anak mereka belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Belum matang menjalankan tanggungjawab sebagai suami/isteri dan ibu bapa pada cucu-cucu mereka nanti.


# Jangan post status masalah percintaan dan masalah rumahtangga dalam laman sosial kerana itu akan menunjukkan kelemahan dan keburukkan kita dan pasangan. Manusia ni rambut sama hitam, Hati tak sama. Kita takkan tahu siapa yang berniat buruk untuk merosakkan kebahagiaan yang telah kita bina. Hendak membina sesuatu mengambil masa yang lama. Tapi untuk merebohkannya mengambil masa sesaat.



Saturday, September 27, 2014

Jangan Balas Dendam Tapi Berdoalah

Jangan Balas Dendam tapi Berdoalah agar orang itu di beri hidayah dan pengampunan daripada Allah S.W.T ....

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Az-Zumar: 10)

“Dan bersabarlah! Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (QS. Al-Anfal:46)






Monday, August 11, 2014

Impian Yang Kian Tercapai


11 August 2014 - Isnin

Hari ini merupakan hari pendaftaran  bagi pelajar University Science Malaysia (USM) . Tak sangka impian semasa waktu kanak-kanak akhirnya tercapai juga. Impian untuk memilik segulung ijazah daripada University Science Malaysia.

Tyra study dalam Pengajian Jarak jauh, bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Ekonomi) selama 4 tahun. Pusat wilayah sesi pembelajarannya mengikut negeri yang ditetapkan. Kelas Tyra akan diadakan di Ipoh Perak.


Tak kisah la study full-time atau part-time, yang penting mendapat ijazah yang ingin dimiliki.
Doakan Tyra berjaya menghabiskan pelajaran dan mendapat Ijazah.






Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa.
TERsilap bicara.
TERmarah yang tak kena.
TERtanya yang tak tentu hala.
TERsasul yang tak sengaja.
TERpukul kat mana-mana.
TERpinjam harta benda.
TERmoody tak semena-mena.
TERumpat bila-bila dan macam-macam lagi yang TERsalah & TERsilap.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tuesday, July 15, 2014

Amanah Dalam Pekerjaan


Inilah pengalamanku...

Saya bekerja sebagai seorang Trainer di sebuah Kilang. Tugas saya adalah memberi tunjuk ajar dan latihan pada operator dan technician baru bekerja. Selain mengajar saya juga diberikan tugas untuk melakukan Audit terhadap mereka. Setiap kali mereka melakukan kesalahan saya akan menangkap dan menegur kesalahan mereka.

Siapa yang suka pada orang yang selalu membuat Audit? Mesti rasa tak selesa jika selalu saja ada orang ganggu tatacara kerja kita.

Salah seorang operator saya bertanya...

“Akak, kenapa suka tangkap orang. Lama-lama nanti orang akan benci akak. Orang akan kutuk akak”

Saya jawap...

“Apa yang saya buat ini tugas saya. Ini sebahagian dari  kerja saya. Boss beri arahan. Ini amanah. Kalau saya tak buat macam ini, kalian semua akan melakukan kesalahan. Kalau terlalu banyak salah, macam mana nak keluarkan lot? Macam mana nak dapat keuntungan?

Operator itu menjawab..

“Tapi akak fikir la. Akak ingat orang suka ke? Ganggu tau tak? Akak tak rasa apa kami rasa. Susah kerja. Lama-lama akan membenci akak.”

Tanpa berfikir panjang, saya menjawab ...

“Cuba kamu berada di tempat saya. Apa kamu rasa. Kamu kena tahu 1 proses machine. Saya kena tahu semua proses machine. Dalam kilang kita ada 13 proses. 13 proses saya kena tahu tatacara kerja. Cara guna machine. Defect setiap machine. Kalau kamu baru 1 proses sudah bising, tak ikhlas buat kerja. Selalu buat masalah. Memang selalu di Audit.

“Saya tak kisah orang nak membenci saya. Saya tak kisah orang mengutuk saya. Yang penting kerja saya siap, Bos puas hati. Cukup bulan ambil gaji. Yang paling penting ikhlas , amanah dan tanggungjawab.”


DEFINISI
Kerja bermaksud “Kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.
Ibadah bermaksud “Kepatuhan dan ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadaNya”.

Kerja sebagai ibadah bermaksud “ Tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah”. .

TUJUAN BEKERJA
1.Tuntutan di dalam Islam.
2. Untuk mendapat rezeki kurniaan Allah
3. Sebagai mekanisme untuk memakmurkan muka bumi.

CIRI-CIRI KERJA DIANGGAP IBADAH
1.Niat kerana Allah.
2. Berteraskan iman dan taqwa.
3. Tidak meninggalkan yang wajib.
4. Mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat.

KERJA DIANGGAP IBADAH APABILA....
Pekerjaan itu adalah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syarak. Pekerjaan yang disertakan dengan niat dan diredhai Allah. Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh. Pekerjaan berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab. Menghasilkan kerja yang berkualiti.

APABILA PERKARA DI ATAS TERCERNA
1. Menerima 3 jenis balasan:
a. Mendapat balasan dalam bentuk material.
b. Mendapat balasan dalam bentuk kepuasan.
c. Mendapat pahala di akhirat kelak.
2. Ia akan dirangsang dengan kuat untuk bekerja.
3. Ia akan menjadi seorang yang proaktif, berdisiplin dan boleh dipercayai.
4. Ia akan selalu berwaspada untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkaran termasuk perkara yang tidak bermoral.
5. Ia akan menjadi pekerja yang berprestasi tinggi.


TUNTUTAN PENTING DALAM MENJADIKAN KERJA SEBAGAI IBADAH
1. Niat Ikhlas Kerana Allah Ia akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemuliaan insan. Ikhlas juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan, membawa kedamaian dan kesejahteraan serta terhindar dari sifat riya’ demi mengharapkan redha Allah.

2. al-Sidq (Benar) Ia akan menjamin dalam mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara masyarakat tidak kira seorang alim, pemimpin, hakim, saudagar, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.

Menurut Imam al-Ghazali ada beberapa jenis sifat sidq. Di antaranya ialah :
Benar pada lidah -menyampaikan suatu kenyataan atau berita menepati apa yang sebenarnya.
Benar pada niat -membuat sesuatu amal kebajikan kerana Allah.
Benar pada azam -Membulatkan tekad melakukan kebajikan seperti yang telah diazam.
Benar pada janji dan benar pada amal -Berusaha bersungguh-sunnguh supaya amalan lahirnya menepati dengan apa yang tersembunyi dalam dirinya.

Benar pada niat dan perbuatan, contohnya:
- Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi atau pun mengharapkan balasan.
- Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji.
- Memberikan atau menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidak mengelirukan.
- Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.

3. Amanah. Orang yang amanah akan mendapat kepercayaan orang ramai sebaliknya orang khianat menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan. Ia merupakan asas kepada ketahanan umat, kestabilan negara, dan roh kepada keadilan.

Nilai Utama Dalam Etika Kerja Sebagai Ibadah AMANAH; Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Antara amalan amanah ialah :

- Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa menyeleweng dan cuai.
- Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa.
- Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi.
- Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya.- Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

4. Fatanah (Bijaksana). Bijaksana dalam melaksanakan sesuatu kerja dengan menghindari perkara- perkara yang boleh mendatangkan ketidakpuasan, mengagihkan kerja mengikut keupayaan seseorang, menyampaikan arahan serta memelihara aib saudara seIslamnya yang lain.

BIJAKSANA Menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan, seperti:

- Menggunakan segala potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah.
- Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti.
- Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengira perasaan dan emosi.
- Sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.

5. BERSYUKUR. Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterima, antaranya; Sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan sebagai hak. Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah. Tenang menghadapi masalah dan redha menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak berputus asa. Berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi.

6. DEDIKASI. Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti, contohnya:

- Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menerima tugas dengan tidak mencari helah. Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan.
- Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti.
- Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut.
- Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.

7. IKHLAS.  Berhati suci dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran, antaranya:

- Menerima tanggungjawab dengan rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada tanggungjawab.
- Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain.
- Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih.
- Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka.
- Saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan.

8. PENYAYANG. Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat, seperti :
- Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri.
- Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk.
- Bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas.
- Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh dengan kemesraan.
- Bersifat simpati dan empati dalam tugas seharian.

Thursday, July 10, 2014

When You Are Alone


Whenever you are alone, remind yourself that Allah has sent everybody away. So that it's only you and Him.

Although it's hard sometimes remember that it will all be over with the Mercy and help of Allah swt !

# justkeeppraying



Tuesday, July 8, 2014

Rupa Paras Adalah Sementara


Setiap apa yang kita miliki adalah pinjaman sementara Allah swt.
Hargailah dan gunalah dengan sebaiknya.
Rupa paras yang cantik atau kacak bukan untuk dimegahi malah untuk disyukuri.

Yang membezakan kita semua disisi Allah adalah Amal, Iman & Taqwa.

Jom muhasabah diri...

Sunday, June 15, 2014

Al-Kisah Nasi Tambah


Satu sikap yang merosakkan sesuatu kebahagiaan ialah 'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah iaitu menceritakan keburukan orang kepada individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan sebelah pihak sahaja, tetapi turut menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan, sehingga runtuh segala kebahagiaan. Sikap seperti ini sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Janganlah mengadu masalah pada Makhluk kerana hati mereka tidak dapat diramalkan.
Mengadulah pada Allah kerana Allah lebih tahu isi hati hamba ciptaan Nya.. 

Fitnah adalah Pemusnah manusia akhir zaman...

Monday, May 12, 2014

Hari Yang Mengembirakan Dalam Hidupku


Hari adalah hari yang paling mengembirkan saya kerana saya telah mendapat tawaran menyambungkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM).

Alhamdulillah... Hampir 1 tahun menunggu tawaran sambung belajar, akhirnya dapat juga. Walaupun hanya sekadar Pengajiaan Jarak Jauh (PJJ) tapi tak kisah yang penting dapat memilik segulung Ijazah yang amat bernilai dalam hidup. Dan juga pengalaman kerja. Kerja dan belajar. Insya Allah, apa yang saya terima hari ni akan memberikan kebaikan pada masa akan datang dan peluang untuk berjaya dalam hidup.