pic header

pic header

Friday, February 21, 2014

Akal Itu Bagaikan Payung


Allah SWT telah mengurniakan akal kepada setiap manusia untuk digunakan nikmat pemberian itu dengan sebaik-baiknya dalam meniti liku kehidupan ini. Akal manusia mampu mentadbir alam ini dengan sempurna supaya kehidupan ini dilalui dalam keadaan yang harmoni dan teratur.

Namun, ada kalanya pemberian Allah SWT ini disalahgunakan tanpa rasa berdosa kepada penciptanya. Sesungguhnya akal pemberian Allah kepada manusia perlu digunakan dengan sebaik-baiknya.

Dengan akal manusia boleh menjadi baik, benar dan bijak apabila potensi akal diguna berlandaskan kepada hukum Allah dan sunnah Rasul. Tapi dengan akal manusia juga boleh menjadi jahat, salah, sombong, bodoh apabila akal dijadikan sandaran penuh kepada semua masalah dalam hidupnya.


# Akal itu digunakan untuk perkara kebaikkan bukan kejahatan. Fikiran apa perkara baik atau buruk dalam hidup ini. Yang baik, jadikan teladan. Yang buruk, jadikan pengajaran.


No comments:

Post a Comment