pic header

pic header

Friday, March 28, 2014

Salahkan Diri Sendiri


Kenapa kita selalu nak menundingkan jari kita pada orang lain setiap kali kita di landa masalah? Kenapa tak boleh terima setiap salah yang kita lakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja? Sebabnya kita ni manusia yang pentingkan diri sendiri. Tak boleh nak menerima teguran dan kritikan.


The best way to learn from your mistake is to admit them rather then blame them on someone else :)


Tuesday, March 18, 2014

Sabar Dan Redha


Kunci ketenangan dan kebahagiaan hidup kita adalah Sabar dan Redha.

Ramai yang mampu berkata. Tapi tak ramai yang mampu menguatkan hati untuk redha dengan setiap ujian dan dugaan. Kita hanyalah manusia biasa. Ada masa kita kuat. Ada masa kita lemah. Tapi apabila kita belajar kuatkan hati, tingkatkan iman dan amalan kita kepada Allah S.W.T , sentiasa berfikiran positive dan tawakal. In Shaa Allah , dugaan dan ujian yang kita hadapi dapat kita lalui dengan rasa tenang. 

Yang penting, belajar kawal perasaan marah. Kerana kemarahan itu akan berakhir dengan penyesalan.


“Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangkakan..”


Tuesday, March 11, 2014

Usaha Tangga Kejayaan


“Usaha tangga kejayaan”

Inilah pepatah yang selalu digunakan setiap hari dalam kehidupan kita. Tak kira waktu dan tempat. Apa jua yang kita lakukan dalam hidup kita seperti menduduki perperiksaan , kerjaya ,percintaan , persahabatan dan alam berumah tangga.

Kita akan sentiasa berusaha untuk mengecapi apa yang kita inginkan. Walaupun susah payah kita berusaha, kadang-kadang usaha kita tidak membuahkan hasil yang setimpal dan ada juga suatu masa kita jatuh dan rebah , itu tidak menjatuhkan semangat kita untuk berjaya dalam apa jua perkara.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.


Allah tidak akan mengubah nasib seseorang  hambaNya , 
melainkan hambaNya sendiri ingin megubahnya


Kejayaan akan sentiasa bersama kita jika kita berusaha bersungguh – bersungguh. Jangan berputus asa.


Friday, March 7, 2014

Pengalaman Mematangkan Diri Kita


Hidup kalau tiada cabaran dan pengalaman memang rugikan? Kerana dengan hanya cabaran dan dugaan yang kita mengalami sendiri barulah kita dapat merasa, memahami, dan menjiwai hati kita sendiri dan juga orang lain. Jika hidup kita sekarang selalu senang, sentiasa rasa bahagia dan sentiasa dibantu oleh kawan-kawan atau keluarga. Akan tetapi apabila kita jatuh terduduk dan susah. Hidup terumbang-ambing. Susah untuk kita bangun berdiri semula. Dugaan dan ujian datang pada kita tanpa amaran.

Akan tetapi ada yang tidak pernah menyedari bahawa setiap dugaan yang menimpa sebenarnya untuk membuka minda dan hati kita dengan lebih luas. Mereka berasa tidak puas hati dan merungut serta menyesali sesuatu yang sudah berlalu. Malah mereka memberontak dan menyalahkan orang lain atas apa yang terjadi. Mereka tetap ingin menang dan memiliki apa yang tidak ditakdirkan untuknya tanpa mengetahui bahawa sesuatu yang disukainya itu sebenarnya amat merbahaya untuknya akan datang.


Hidup memang penuh dengan cabaran. Setiap hari kita berhadapan dengan liku-liku kehidupan sehingga akhirnya kita memejamkan mata. Manusia yang beriman dan bertaqwa menempuhi kehidupan ini dengan penuh kesyukuran walaupun dugaan sentiasa menghalang perjalanan hidup kita. Manusia yang rapuh imannya, pasti akan jatuh ke dalam godaan nafsu.


Saturday, March 1, 2014

Jodoh Itu Ketentuan Allah

Jodoh itu ketentuan Allah S.W.T

Jodoh itu Anugerah yang tak ternilai harganya.





Berharap suatu hari nanti Allah S.W.T berikan Seorang suami yang paling terbaik, soleh, penyayang, baik hati dan dapat membimbing ke jalan yang diredhai Allah S.W.T iaitu jalan ke syurga.