pic header

pic header

Friday, March 7, 2014

Pengalaman Mematangkan Diri Kita


Hidup kalau tiada cabaran dan pengalaman memang rugikan? Kerana dengan hanya cabaran dan dugaan yang kita mengalami sendiri barulah kita dapat merasa, memahami, dan menjiwai hati kita sendiri dan juga orang lain. Jika hidup kita sekarang selalu senang, sentiasa rasa bahagia dan sentiasa dibantu oleh kawan-kawan atau keluarga. Akan tetapi apabila kita jatuh terduduk dan susah. Hidup terumbang-ambing. Susah untuk kita bangun berdiri semula. Dugaan dan ujian datang pada kita tanpa amaran.

Akan tetapi ada yang tidak pernah menyedari bahawa setiap dugaan yang menimpa sebenarnya untuk membuka minda dan hati kita dengan lebih luas. Mereka berasa tidak puas hati dan merungut serta menyesali sesuatu yang sudah berlalu. Malah mereka memberontak dan menyalahkan orang lain atas apa yang terjadi. Mereka tetap ingin menang dan memiliki apa yang tidak ditakdirkan untuknya tanpa mengetahui bahawa sesuatu yang disukainya itu sebenarnya amat merbahaya untuknya akan datang.


Hidup memang penuh dengan cabaran. Setiap hari kita berhadapan dengan liku-liku kehidupan sehingga akhirnya kita memejamkan mata. Manusia yang beriman dan bertaqwa menempuhi kehidupan ini dengan penuh kesyukuran walaupun dugaan sentiasa menghalang perjalanan hidup kita. Manusia yang rapuh imannya, pasti akan jatuh ke dalam godaan nafsu.


No comments:

Post a Comment