Jaga mata,
Jaga hati, Jaga tingkah laku dan jaga perasaan. Semuanya kita perlu jaga untuk
hidup lebih bersederhana. Tidak riak, tidak ujub, tidak takbur dan tidak
sombong. Kerana tindakan-tindakan negatif seperti itu akan membuatkan kita
meninggi diri sehingga tak mampu tunduk ke bawah untuk menginsafi.
Sesungguhnya
Allah sering menguji kita. Samaada kita sedar atau tidak. Apa yang berlaku
disekeliling kita adalah ujian untuk kita. Boleh jadi apa yang kita benci itu
adalah sesuatu hal yang terbaik buat kita. Begitu juga sebaliknya. Pasti ada kebaikkan
yang Allah ingin berikan disebalik kesukaran yang kita alami.
No comments:
Post a Comment