Orang yang
bila bergaduh dengan GF/BF/Tunang , yang suka mengadu pada ibu bapa sendiri
atau ibu GF/BF adalah orang yang tidak matang dan belum bersedia untuk
bernikah. Kerana orang sebegitu akan menceritakan semua masalah rumahtangga dan
keburukkan pasangan masing-masing.
Bagaimana
ingin mengharungi onak duri, dugaan dan cabar kehidupan rumahtangga sedangkan
masalah percintaan tak mampu diselasaikan dengan sendiri?
Apabila ibu
bapa seringkali mendengar masalah percintaan anak mereka, Adakah mereka akan
merestui perhubungan itu? Setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka
bahagia.
Jangan
berikan tekanan dan masalah pada ibu bapa kerana meraka akan fikir anak mereka belum
bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Belum matang menjalankan tanggungjawab
sebagai suami/isteri dan ibu bapa pada cucu-cucu mereka nanti.
# Jangan post
status masalah percintaan dan masalah rumahtangga dalam laman sosial kerana itu
akan menunjukkan kelemahan dan keburukkan kita dan pasangan. Manusia ni rambut
sama hitam, Hati tak sama. Kita takkan tahu siapa yang berniat buruk untuk
merosakkan kebahagiaan yang telah kita bina. Hendak membina sesuatu mengambil
masa yang lama. Tapi untuk merebohkannya mengambil masa sesaat.
No comments:
Post a Comment