pic header

pic header

Monday, May 12, 2014

Hari Yang Mengembirakan Dalam Hidupku


Hari adalah hari yang paling mengembirkan saya kerana saya telah mendapat tawaran menyambungkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM).

Alhamdulillah... Hampir 1 tahun menunggu tawaran sambung belajar, akhirnya dapat juga. Walaupun hanya sekadar Pengajiaan Jarak Jauh (PJJ) tapi tak kisah yang penting dapat memilik segulung Ijazah yang amat bernilai dalam hidup. Dan juga pengalaman kerja. Kerja dan belajar. Insya Allah, apa yang saya terima hari ni akan memberikan kebaikan pada masa akan datang dan peluang untuk berjaya dalam hidup.






Sunday, May 4, 2014

Muhasabah Diri


Jaga mata, Jaga hati, Jaga tingkah laku dan jaga perasaan. Semuanya kita perlu jaga untuk hidup lebih bersederhana. Tidak riak, tidak ujub, tidak takbur dan tidak sombong. Kerana tindakan-tindakan negatif seperti itu akan membuatkan kita meninggi diri sehingga tak mampu tunduk ke bawah untuk menginsafi.



Sesungguhnya Allah sering menguji kita. Samaada kita sedar atau tidak. Apa yang berlaku disekeliling kita adalah ujian untuk kita. Boleh jadi apa yang kita benci itu adalah sesuatu hal yang terbaik buat kita. Begitu juga sebaliknya. Pasti ada kebaikkan yang Allah ingin berikan disebalik kesukaran yang kita alami.


Sunday, April 13, 2014

Redhakan Hati Untuk Memaafkan


Kadang-kadang bila marah dan dendam itu ada dalam hati, susah untuk memaafkan orang yang telah menyakiti kita. Bila hari-hari kena maki perkataan yang sangat biadab seperti S*** dan F***. Setiap hari terpaksa mengadap muka musuh-musuh. Berbuat baik atas urusan kerja, tapi belakang masih perli-perli dan kutuk-kutuk.

Apabila masalah kerja dijadikan masalah peribadi, inilah yang terjadi pada orang-orang yang tidak boleh menerima teguran. Marah itu kian membara.

Apabila orang yang kita benci di timpa musibah seperti kemalangan yang teruk. Peluang untuk hidup 50%-50% antara hidup dan mati. Hati ini tertanya-tanya, haruskah hati ini  memberi kemaafan kepada mereka?

Ya.. hati ini mesti memberikan kemaafan walaupun sakit yang terasa ni amat perit, sakit dan benci. Hanya mampu mendoakan agar mereka selamat , cepat sembuh dan di lindungi Allah S.W.T. Setiap manusia membuat kesilapan dalam hidup. Redhakan hati untuk memberi maaf.



# Memaafkan kesalahan orang lain adalah perlakuan yang sangat mulia. Ia mampu membersihkan hati kita daripada titik-titik hitam. Selain itu ia mendidik kita supaya menjadi insan yang bersabar dan mampu menerima kekurangan orang lain. Ini menjadi tugas dan keutamaan bagi kita. (peringatan untuk diri sendiri).


Friday, March 28, 2014

Salahkan Diri Sendiri


Kenapa kita selalu nak menundingkan jari kita pada orang lain setiap kali kita di landa masalah? Kenapa tak boleh terima setiap salah yang kita lakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja? Sebabnya kita ni manusia yang pentingkan diri sendiri. Tak boleh nak menerima teguran dan kritikan.


The best way to learn from your mistake is to admit them rather then blame them on someone else :)


Tuesday, March 18, 2014

Sabar Dan Redha


Kunci ketenangan dan kebahagiaan hidup kita adalah Sabar dan Redha.

Ramai yang mampu berkata. Tapi tak ramai yang mampu menguatkan hati untuk redha dengan setiap ujian dan dugaan. Kita hanyalah manusia biasa. Ada masa kita kuat. Ada masa kita lemah. Tapi apabila kita belajar kuatkan hati, tingkatkan iman dan amalan kita kepada Allah S.W.T , sentiasa berfikiran positive dan tawakal. In Shaa Allah , dugaan dan ujian yang kita hadapi dapat kita lalui dengan rasa tenang. 

Yang penting, belajar kawal perasaan marah. Kerana kemarahan itu akan berakhir dengan penyesalan.


“Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangkakan..”


Tuesday, March 11, 2014

Usaha Tangga Kejayaan


“Usaha tangga kejayaan”

Inilah pepatah yang selalu digunakan setiap hari dalam kehidupan kita. Tak kira waktu dan tempat. Apa jua yang kita lakukan dalam hidup kita seperti menduduki perperiksaan , kerjaya ,percintaan , persahabatan dan alam berumah tangga.

Kita akan sentiasa berusaha untuk mengecapi apa yang kita inginkan. Walaupun susah payah kita berusaha, kadang-kadang usaha kita tidak membuahkan hasil yang setimpal dan ada juga suatu masa kita jatuh dan rebah , itu tidak menjatuhkan semangat kita untuk berjaya dalam apa jua perkara.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.


Allah tidak akan mengubah nasib seseorang  hambaNya , 
melainkan hambaNya sendiri ingin megubahnya


Kejayaan akan sentiasa bersama kita jika kita berusaha bersungguh – bersungguh. Jangan berputus asa.


Friday, March 7, 2014

Pengalaman Mematangkan Diri Kita


Hidup kalau tiada cabaran dan pengalaman memang rugikan? Kerana dengan hanya cabaran dan dugaan yang kita mengalami sendiri barulah kita dapat merasa, memahami, dan menjiwai hati kita sendiri dan juga orang lain. Jika hidup kita sekarang selalu senang, sentiasa rasa bahagia dan sentiasa dibantu oleh kawan-kawan atau keluarga. Akan tetapi apabila kita jatuh terduduk dan susah. Hidup terumbang-ambing. Susah untuk kita bangun berdiri semula. Dugaan dan ujian datang pada kita tanpa amaran.

Akan tetapi ada yang tidak pernah menyedari bahawa setiap dugaan yang menimpa sebenarnya untuk membuka minda dan hati kita dengan lebih luas. Mereka berasa tidak puas hati dan merungut serta menyesali sesuatu yang sudah berlalu. Malah mereka memberontak dan menyalahkan orang lain atas apa yang terjadi. Mereka tetap ingin menang dan memiliki apa yang tidak ditakdirkan untuknya tanpa mengetahui bahawa sesuatu yang disukainya itu sebenarnya amat merbahaya untuknya akan datang.


Hidup memang penuh dengan cabaran. Setiap hari kita berhadapan dengan liku-liku kehidupan sehingga akhirnya kita memejamkan mata. Manusia yang beriman dan bertaqwa menempuhi kehidupan ini dengan penuh kesyukuran walaupun dugaan sentiasa menghalang perjalanan hidup kita. Manusia yang rapuh imannya, pasti akan jatuh ke dalam godaan nafsu.