Bahan-Bahan Utama :
- 10 Keping Lasagna
- 1 Pack Mozarella Cheese
(150g)
Bahan-Bahan Beef Bolognese :
- 1 Botol Kecil Spaghetti
Sos
- 1/2 Biji Bawang Holand
(cincang)
- 1 pack Daging (cincang)
- 1 Tin Cendawan Butang
(hiris)
- 2 Sudu Minyak masak
Bahan-Bahan Sos Putih :
- 1 Kotak Susu Dutch Lady
- 3 Sudu Mozarella Cheese
- 3 Sudu Butter
- 2 Sudu Tepung Gandum
Cara-Cara (Beef Bolognese) :
1. Panaskan minyak masak dan
tumis bawang.
2. Masukkan daging kisar dan
goreng garing.
3. Masukkan cendawan yang
telah dihiris.
4. Masukkan Sos Spaghetti.
5. Gaul dan masak seketika.
Cara-Cara (Sos Putih) :
1. Cairkan butter, kemudian
masuk susu untuk dipanaskan.
2. Masukkan Mozarella Cheese
dan kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum
yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Kacau hingga pekat.
Cara-Cara (Membuat layer) :
1. Ambil 5 kepingan lasagna
yang sudah direndam, susun di bahagian bawah loyang.
2. Masukkan separuh dari
beef bolognese ke atas susunan tu dan ratakan.
3. Tuang separuh dari sos
putih di atas beef bolognese tadi.
4. Tabur rata 1/3 pack
mozarella cheese.
5. Ulang langkah 1 hingga 3.
Kemudian tabur baki 2/3 mozarella cheese tadi.
6. Bakar dalam oven pada
suhu 180c selama 45 minit.
Tips Tambahan :
1. Rendamkan kepingan
lasagna dalam air suam terlebih dahulu, dalam 5 min macam tu, untuk elakkannya
jadi keras apabila siap dibakar.
2. Jangan masuk terlampau
banyak bahan seperti bunga cengkih ke, tomato cincang ke atau pun carrot
cincang ke, ini bagi mengekalkan keaslian rasa sos spaghetti.
No comments:
Post a Comment