Inilah pengalamanku...
Saya bekerja sebagai
seorang Trainer di sebuah Kilang. Tugas saya adalah memberi tunjuk ajar dan
latihan pada operator dan technician baru bekerja. Selain mengajar saya
juga diberikan tugas untuk melakukan Audit terhadap mereka. Setiap kali mereka melakukan
kesalahan saya akan menangkap dan menegur kesalahan mereka.
Siapa yang suka pada
orang yang selalu membuat Audit? Mesti rasa tak selesa jika selalu saja ada orang
ganggu tatacara kerja kita.
Salah seorang operator
saya bertanya...
“Akak, kenapa suka tangkap orang. Lama-lama
nanti orang akan benci akak. Orang akan kutuk akak”
Saya jawap...
“Apa yang saya buat ini tugas saya. Ini
sebahagian dari kerja saya. Boss beri
arahan. Ini amanah. Kalau saya tak buat macam ini, kalian semua akan melakukan
kesalahan. Kalau terlalu banyak salah, macam mana nak keluarkan lot? Macam mana
nak dapat keuntungan?
Operator itu menjawab..
“Tapi akak fikir la. Akak ingat orang suka
ke? Ganggu tau tak? Akak tak rasa apa kami rasa. Susah kerja. Lama-lama akan
membenci akak.”
Tanpa berfikir panjang,
saya menjawab ...
“Cuba kamu berada di tempat saya. Apa kamu
rasa. Kamu kena tahu 1 proses machine. Saya kena tahu semua proses machine. Dalam
kilang kita ada 13 proses. 13 proses saya kena tahu tatacara kerja. Cara guna
machine. Defect setiap machine. Kalau kamu baru 1 proses sudah bising, tak
ikhlas buat kerja. Selalu buat masalah. Memang selalu di Audit.
“Saya tak kisah orang nak membenci saya. Saya
tak kisah orang mengutuk saya. Yang penting kerja saya siap, Bos puas hati.
Cukup bulan ambil gaji. Yang paling penting ikhlas , amanah dan tanggungjawab.”
DEFINISI
Kerja bermaksud
“Kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau
ganjaran”.
Ibadah bermaksud
“Kepatuhan dan ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang
diiringi kesanggupan menyerah diri kepadaNya”.
Kerja sebagai ibadah
bermaksud “ Tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan
Allah”. .
TUJUAN BEKERJA
1.Tuntutan di dalam
Islam.
2. Untuk mendapat rezeki
kurniaan Allah
3. Sebagai mekanisme
untuk memakmurkan muka bumi.
CIRI-CIRI KERJA DIANGGAP IBADAH
1.Niat kerana Allah.
2. Berteraskan iman dan
taqwa.
3. Tidak meninggalkan
yang wajib.
4. Mendapat ganjaran di
dunia dan di akhirat.
KERJA DIANGGAP IBADAH APABILA....
Pekerjaan itu adalah
perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syarak. Pekerjaan yang
disertakan dengan niat dan diredhai Allah. Pekerjaan yang dilaksanakan dengan
tekun, cekap dan bersungguh-sungguh. Pekerjaan berasaskan prinsip syariah
seperti amanah, adil dan bertanggungjawab. Menghasilkan kerja yang berkualiti.
APABILA PERKARA DI ATAS TERCERNA
1. Menerima 3 jenis
balasan:
a. Mendapat balasan
dalam bentuk material.
b. Mendapat balasan
dalam bentuk kepuasan.
c. Mendapat pahala di
akhirat kelak.
2. Ia akan dirangsang
dengan kuat untuk bekerja.
3. Ia akan menjadi
seorang yang proaktif, berdisiplin dan boleh dipercayai.
4. Ia akan selalu
berwaspada untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkaran termasuk perkara
yang tidak bermoral.
5. Ia akan menjadi
pekerja yang berprestasi tinggi.
TUNTUTAN PENTING DALAM MENJADIKAN KERJA
SEBAGAI IBADAH
1. Niat Ikhlas Kerana Allah Ia
akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemuliaan insan. Ikhlas
juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan, membawa kedamaian dan
kesejahteraan serta terhindar dari sifat riya’ demi mengharapkan redha Allah.
2. al-Sidq (Benar) Ia akan menjamin dalam mengembalikan hak-hak
kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara masyarakat tidak kira seorang
alim, pemimpin, hakim, saudagar, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau
dewasa.
Menurut Imam al-Ghazali
ada beberapa jenis sifat sidq. Di antaranya ialah :
Benar pada lidah -menyampaikan suatu kenyataan atau berita
menepati apa yang sebenarnya.
Benar pada niat -membuat sesuatu amal kebajikan kerana
Allah.
Benar pada azam -Membulatkan tekad melakukan kebajikan
seperti yang telah diazam.
Benar pada janji dan
benar pada amal -Berusaha bersungguh-sunnguh supaya amalan lahirnya menepati
dengan apa yang tersembunyi dalam dirinya.
Benar pada niat dan
perbuatan, contohnya:
- Mempunyai niat yang
baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi
atau pun mengharapkan balasan.
- Bercakap benar dan
menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji.
- Memberikan atau
menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidak mengelirukan.
- Rela berkongsi
pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.
3. Amanah. Orang yang amanah akan mendapat kepercayaan orang ramai
sebaliknya orang khianat menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan. Ia merupakan
asas kepada ketahanan umat, kestabilan negara, dan roh kepada keadilan.
Nilai Utama Dalam Etika
Kerja Sebagai Ibadah AMANAH; Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Antara amalan amanah ialah :
- Sentiasa menjalankan
tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa menyeleweng dan cuai.
- Bersikap jujur dan
setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa.
- Menggunakan masa
dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan
tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi.
- Berdisiplin dan
mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan
orang lain terhadap dirinya.- Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa.
4. Fatanah (Bijaksana). Bijaksana dalam melaksanakan sesuatu kerja
dengan menghindari perkara- perkara yang boleh mendatangkan ketidakpuasan,
mengagihkan kerja mengikut keupayaan seseorang, menyampaikan arahan serta
memelihara aib saudara seIslamnya yang lain.
BIJAKSANA Menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat
keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan, seperti:
- Menggunakan segala
potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan
cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah.
- Sentiasa berusaha
menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti.
- Mempunyai fikiran yang
rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah
tanpa mengira perasaan dan emosi.
- Sentiasa
mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.
5. BERSYUKUR. Perasaan dan perlakuan yang menghargai
nikmat dan pemberian yang diterima, antaranya; Sentiasa menghargai anugerah dan
nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan sebagai hak. Bersedia memberikan
pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam
atau menabur fitnah. Tenang menghadapi masalah dan redha menerima ketetapan,
kegagalan dan ujian serta tidak berputus asa. Berpuas hati dengan nikmat yang
diperolehi.
6. DEDIKASI. Berminat dan rela mengorbankan masa dan
tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti, contohnya:
- Bekerja tanpa rasa
jemu dan bosan serta bersedia menerima tugas dengan tidak mencari helah.
Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan.
- Tekun dan rajin serta
bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa
berkualiti.
- Menjalankan tugas dan
tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut.
- Cergas dan pantas
bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.
7. IKHLAS. Berhati suci dalam
melaksanakan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa
mengharapkan ganjaran, antaranya:
- Menerima tanggungjawab
dengan rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada
tanggungjawab.
- Menjalankan tugas
semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan
atau mendapat perhatian orang lain.
- Memberikan layanan
yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap
pilih kasih.
- Bersedia menerima
teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka.
- Saling hormat
menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan.
8. PENYAYANG. Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan
sikap memahami, menghargai dan mengambil berat, seperti :
- Bersifat pemaaf dan
penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri.
- Menganggap setiap
orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk.
- Bersifat bertimbang
rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas.
- Menjadikan organisasi
sebagai sebuah keluarga besar yang penuh dengan kemesraan.
- Bersifat simpati dan
empati dalam tugas seharian.